Suka!

Heliza Helmi Gila?

Thursday, 2 December 2010



Korang tau tak pasal si Heliza nie? Siapa yang tak kenal budak yang paling comel dalam Malaysia nie kan? Yul rasa 1Malaysia tahu kot pasal artis comel nie, hehe. Tapi betul kew dia tu gila? haha. Mana ada sebenarnya, saje je buat GEMPAK sikit! Sekadar gurauan saje. 


*Mampos la yul kalau cik Heliza tahu, haha ;D


Sebenarnya yul dah start minat dengan dia masa dia berlakon dalam filem syurga cinta tu, dia berganding dengan Awal Ashari. Memang best cerita tu kan? Yul sampai dah tak terkira dah berapa kali ulang tengok cerita tu je. Sampai mama yul tegur asyik2 tengok cerita nie je, haha. Masih ada lagi DVD cerita tu,tapi dah tak boleh play dah. Maklumlah beli yang cetak rompak punya, ekekekeke ;P


So cute! im fall in love with her <3 hehe

Read more...

Malaysia Kalah 5-1?

Apa sudah jadi nie? Lawan Indonesia pon boleh kalah sampai 5-1? Kalau setakat kalah 2-1 tu ok la juga kan?Tapi tak apalah kan. Dah nasib kalah.Adat permainan lah tu kan, ada yang menang dan ada yang kalah. Sebenarnya Malaysia kalah bukan sebab pemain Indonesia kuat. Tapi disebabkan pemain yang diturunkan tidak cukup berkualiti. Yul tengok perlawanan tadi memang hancus habis. Bahagian pertahanan dengan penjaga gol banyak kali buat kesilapan. Nasib baiklah penyerang Malaysia ada menjaringkan gol tunggal pada awal2 perlawanan, lepas tu terus hancur! 




Tapi yang yul paling bengang sekali masa pembukaan tu, fanatik Indonesia buat kecoh! Ada kew patut mereka mempermainkan lagu negaraku masa squad Harimau Muda menyanyikan lagu kebangsaan. Rasa geram sangat2! Sungguh biadap sekali! Dah lah mempersendakan lagu kebangsaan Malaysia, lepas tu dengar pula teriakan MALINGSIA.  Sabar je la melihat gelagat fanatik Indonesia nie. Betul2 kena GANYANG dengan Indonesia nie. haha.

Read more...

Ngangkung?

Wednesday, 1 December 2010

Nangkung, Filem komedi seram yang sedang hangat dipawagam arahan Ismail Bob Hasim terbitan Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd. Korang dah tengok kew cerita nie? Yul belum tengok lagi, tapi akan tengok kot nanti. huhu. Kawan2 yul cakap cerita nie seronok! Boleh pecah-perut kalau tengok. Macam tak percaya je kan sampai boleh pecah perut. haha. Nak tau apa yang kelakar sangatkan filem tu? Dengar dari nama filem je dah pelik dah. Ngangkung? haha. 



Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP