Berbalah Sesama Blogger?
Monday, 28 February 2011
![]() |
Tak ada manusia kat dunia nie yang memiliki blog yang berkualiti dan sempurna. Kalau berkualiti sekalipon, mesti ada kelemahannya. Korang cakap , benda apa yang sempurna kat dunia? Mesti ada cacat celanya. Mesti ada pengkritiknya.
Baru-baru nie, yul melihat perbalahan antara blogger mengenai kritikan yang katanya menjatuhkan maruah seseorang blogger. Bagi yul lah kan, kritik tu memang perlu supaya kita dapat melihat kelemahan prestasi kita dalam berblog daripada luahan pembaca yang seharusnya diperbetulkan. Kalau nak bagi kritik, bagilah kritik yang membina dan bukannya menjatuhkan maruah seseorang tu. Macam kawan yul sorang nie, nama die hape tah, yul dah lupa. Katanya dia selalu di caci, dimaki, dihina melalui komennya walaupon komen-komen tersebut langsung tidak ada kene mengena dengan entri yang dia sampaikan tu. Apa salah dia sehinggakan mereka diperlakukan sebegitu? Terus ditutup blognya tu. Hurm. Kesian kan kan kan? Tak tahulah apa cerita die sekarang nie.
Bagi yang tak kuat imannya untuk menerima kritikan tu, yul cadangkan supaya korang disable je lah komen untuk anonymous tu. Sebab kritikan yang pedas boleh menyebabkan kita hilang semangat untuk berblog. Ianya sebagai langkah keselamatan.
Tu baru kritikan melalui komen, tapi bagaimana pula sekiranya mereka mengkritik kita melalui entri? Memang yul tak nafikan, kadang-kadang apa yang mereka kritik tu, ada betulnya dan ada juga yang tidak, tapi janganlah sehingga menjatuhkan maruah seorang blogger tu. Lagi tak elok lagi sekirannya kita juga saling membalas kritikan dieorang dengan entri. Masalah tak akan selesai sekiranya kita saling membalas dengan menggunakan perkataan-perkataan kesat antara satu sama lain. Masing-masing menonjolkan pendapat serta hujah mereka. Percayalah, sampai bila-bila pon yul rasa isu perbalahan nie tak akan tamat sekiranya kita saling membalas. Manusia? tahu-tahu je lah kan, manusia mana yang nak mengalah kat dunia sekarang nie? Semuanya nak menang. Apa yang perlu kita lakukan hanyalah redha dan berdoa kepada allah agar diberi ketenangan. Tu je lah jalan yang terbaik!
Actually, Yul tak memihak mana-mana pihak pon yang sedang berbalah nie. Sebab kalau kita turut menyokong salah satu dari mereka, mungkin kita pon akan di cop sama. Lagipon apakah yang kita dapat lakukan? Lebih baik kita mendiamkan diri sahaja daripada terlibat sama. Ingat balik, apakah tujuan kita dalam berblog nie? Teruskanlah ye berblogging. Peace! Kalau ada yang terasa mengenai apa yang yul bincangkan nie, sila makan hati lah ye. hikhik