Suka!

Berbalah Sesama Blogger?

Monday 28 February 2011


Bila blogger berbalah sesama blogger. Yul hanya mampu tergelak melihat gelagat mereka. Macam-macam yang yul dapat lihat. Daripada kritikan terus membawa perbalahan. Sepatutnya kita harus menyokong blogger-blogger antara satu sama lain, tetapi sebaliknya pula. Yul rasa tu lah adat dalam berblog nie. Berblogging nie umpama lidah, kadang-kadang kita akan merasai manis, pahit, masin, payau, dan juga tawar. Ada sesetengah pihak tak berpuas hati dan tidak bersetuju dengan apa yang mereka sampaikan. 


Tak ada manusia kat dunia nie yang memiliki blog yang berkualiti dan sempurna. Kalau berkualiti sekalipon, mesti ada kelemahannya. Korang cakap , benda apa yang sempurna kat dunia? Mesti ada cacat celanya. Mesti ada pengkritiknya.


Baru-baru nie, yul melihat perbalahan antara blogger mengenai kritikan yang katanya menjatuhkan maruah seseorang blogger. Bagi yul lah kan, kritik tu memang perlu supaya kita dapat melihat kelemahan prestasi kita dalam berblog daripada luahan pembaca yang seharusnya diperbetulkan. Kalau nak bagi kritik, bagilah kritik yang membina dan bukannya menjatuhkan maruah seseorang tu. Macam kawan yul sorang nie, nama die hape tah, yul dah lupa. Katanya dia selalu di caci, dimaki, dihina melalui komennya walaupon komen-komen tersebut langsung tidak ada kene mengena dengan entri yang dia sampaikan tu. Apa salah dia sehinggakan mereka diperlakukan sebegitu? Terus ditutup blognya tu. Hurm. Kesian kan kan kan? Tak tahulah apa cerita die sekarang nie.


Bagi yang tak kuat imannya untuk menerima kritikan tu, yul cadangkan supaya korang disable je lah komen untuk anonymous tu. Sebab kritikan yang pedas boleh menyebabkan kita hilang semangat untuk berblog. Ianya sebagai langkah keselamatan. 


Tu baru kritikan melalui komen, tapi bagaimana pula sekiranya mereka mengkritik kita melalui entri? Memang yul tak nafikan, kadang-kadang apa yang mereka kritik tu, ada betulnya dan ada juga yang tidak, tapi janganlah sehingga menjatuhkan maruah seorang blogger tu. Lagi tak elok lagi sekirannya kita juga saling membalas kritikan dieorang dengan entri. Masalah tak akan selesai sekiranya kita saling membalas dengan menggunakan perkataan-perkataan kesat antara satu sama lain. Masing-masing menonjolkan pendapat serta hujah mereka. Percayalah, sampai bila-bila pon yul rasa isu perbalahan nie tak akan tamat sekiranya kita saling membalas. Manusia? tahu-tahu je lah kan, manusia mana yang nak mengalah kat dunia sekarang nie? Semuanya nak menang. Apa yang perlu kita lakukan hanyalah redha dan berdoa kepada allah agar diberi ketenangan. Tu je lah jalan yang terbaik!


Actually, Yul tak memihak mana-mana pihak pon yang sedang berbalah nie. Sebab kalau kita turut menyokong salah satu dari mereka, mungkin kita pon akan di cop sama. Lagipon apakah yang kita dapat lakukan? Lebih baik kita mendiamkan diri sahaja daripada terlibat sama. Ingat balik, apakah tujuan kita dalam berblog nie? Teruskanlah ye berblogging. Peace! Kalau ada yang terasa mengenai apa yang yul bincangkan nie, sila makan hati lah ye. hikhik 

9 comments:

Zeanne 28 February 2011 at 22:58  

huhu.entah bila dunia blog nak aman.rasanya memang takkan.haha

Anisa Hang Tuah 28 February 2011 at 23:20  

hihi.nis pun bergelak ketawa.
kalau buat liputan berita ni beesssttt

Lin 28 February 2011 at 23:51  

alahai..msing2 ..huhuu
bale bale bale ...
budaya kite wjah kite taw .. =p
(pngruh kak limah)

qwerty 28 February 2011 at 23:58  

penah baca jugak.mungkin disebabkan dorang saling kenal kot.pastu x puas ati ke.(bdasarkan pgalaman kwn)
tapi serius takyah la komen kalau nak carik gaduh..haiyoo

mrs kayrul 1 March 2011 at 00:21  

adat la dunia blog sekarang

apdm 1 March 2011 at 10:06  

salam

kdg2 ada kritikan yang betul...n sebaliknya,terimalah dgn positif =)

ANIS HJ SUKARTI 1 March 2011 at 18:04  

alahai... paling tak suka bila dengar pasal gado2 nie.. lebih baik makan gado2 kenyang perut.. hehehe...

takutnya kalau org nak berbalah ngan kita.. setiap blogger kan kawan kenapa mesti nak gado..

kita kawan kan.. hehehe

Unknown 2 March 2011 at 16:38  

orang ilek ja.... xmao gadoh2... ^^

shahjiehan 27 April 2011 at 00:54  

masing2 ade pendapat..

jom baca dan komen Iklan Kerja Kosong yang Kreatif

nk buat camna kan..huhuhu

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP