Suka!

Kenapa Blogger Pelajar Lagi Ramai Dari Blogger Pekerja

Sunday 27 February 2011

Dari pemerhatian yul sendiri, rasanya ramai blogger-blogger kat Malaysia nie yang masih belajar. Korang ada perasan tak? Hanya berapa kerat je kot yang dah bekerja sambil berblog. Followers-followers yul pon rasanya ramai yang study jugak. Yul je kot yang tak study lagi. Hikhik




Yang blogger tip top pon ramai dari kalangan pelajar jugak. Macam Hanis Zalikha, Fatin Liyana, Cik epal tu, dan ramai lagi. Mereka tu semua masih study lagi. Tapi, yul pelik kenapa ramai yang perempuan je, huhu.


Sebab utama kenapa Blogger pelajar lebih ramai dari blogger pekerja
  • Blogger pelajar lebih banyak masa dapat diluangkan berbanding dengan blogger pekerja. Jika nak dibandingkan denga blogger-blogger pekerja nie memang tak ada masa kot. Macam yul nie, dapat update blog pada waktu malam je. Tu pon berapa jam. hikhik 
  • Kebanyakkan pelajar mencari duit melalui kerja sampingan untuk kegunaan peribadi atau akademik. Contohnya seperti blog, ramai yang dah mengetahui dengan berblog kita dapat menjana pendapatan sampingan walaupon tidak perlu bekerja. Jika anda betul-betul komited dengan blogging, macam-macam jenis pendapatan yang mampu dihasilkan!
  •  Tempat melepaskan tension? Ya, nie jugak salah satu sebab kenapa blogger-blogger sekarang nie ramai yang pelajar. Maklumlah ye, jadi pelajar mesti tension kan sebab banyak kerja perlu yang dilakukan. Cara yang terbaik untuk melepaskan tension adalah dengan menulis. 
  •  Kadang-kadang ada jugak yang terpengaruh dari rakan-rakan. Kawan ada blog, korang pon nak ada blog jugak. Nak merasai apa yang seronoknya berblogging nie. Sekaligus dieorang turut menjadi blogger.
  •  Menghilangkan rasa kebosanan. Korang boleh membaca entri-entri blogger-blogger lain. Selain tu jugak, korang boleh kongsikan sesuatu yang orang lain tak tahu didalam entri korang tu untuk dibaca oleh orang lain. Sama macam yul jugak, yul berblog untuk menghilangkan rasa kebosanan je. :)


Tu je lah kot serba-sedikit apa yang yul tahu, hikhik. Kalau ada yang tak puas hati tu dengan apa yang yul kongsikan kat sini, yul harap diampunkanlah ye. Ianya hanyalah sekadar pemerhatian yul sahaja. 

11 comments:

Anonymous,  27 February 2011 at 13:00  

dulu masa aku blja slalu la main blog nie.. dah kerja dah kurang sikit dah.. huhu

Anonymous,  27 February 2011 at 13:00  

tak jugak kot...cuma tu sebilangan kecil jer...kat luar sana ramai lg yg kita tak nampak..cam blog2 politik...blog2 perniagaan...kita tahap biasa2 jer..hehe

Anonymous,  27 February 2011 at 13:13  

ok takde hal punya...setiap org ada pendapat...shoutbox tak kuar lah,shout kat sini jelah...hehe

Lin 27 February 2011 at 13:30  

yup .. saje nak luangkan mase ..
pastu .. mmg suke bercerita..mnulis or ape ape jela yang boleh hilang kan bosan ni kan .. =D

Unknown 27 February 2011 at 14:06  

sbb blogger pekerja busy~ blogger pelajar busy tp still have time to procrastinate,,, hahahaha... :P

Qaseh Dalia 27 February 2011 at 14:41  

jangan tak belajar sudah ye adek2 hehe

ME is MAMEE ! 28 February 2011 at 10:28  

kebanyakan pelajar ade broadband.so manfaatkanla..haha

Unknown 28 February 2011 at 16:13  

yul...blogger2 yg akak kenal xramai student..ramai bekerja...mungkin kene rajin2 bw lagi kan tambah kawan blogger...
akak ni kekadang rajin...kekadang malas..ngeh3...

haney 28 February 2011 at 17:25  

ehh baru perasan ramai blogger ni student :)
yelah, hani newbies..
byk lg xtaw
hihihi

mrs kayrul 1 March 2011 at 00:24  

blogger yang dah bekerja nie memang kena kerja keras sikit...mana nak keja mana nak update blog...tapi bila dah kahwin memang la lagi mencabar

Lyeah 1 March 2011 at 03:46  

nak tambah sikit !
bagi lyeah, blogger pelajar ni, boleh saling bertukar maklumat on something berkenaan pelajaran. and kenal budak2 kampus sendiri. hahaa. dah berapa ramai blogger yg lyeah dapat tau diorang tu sama kampus dgn lyeah.

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP