Kisah Seram Di Sebalik Mahmoodiah
Monday 7 February 2011
Salam semuanya, hari nie entri yul nak bercerita kisah seram lagi. Sebelum nie yul bercerita mengenai Villa Nabila kan? Kali ini pasal Mahmoodiah. Mahmoodiah nie jugak ada terkait masa kisah yul yang lepas. So, yul nak kongsikan kepada korang mengenai Mahmoodiah nie pulak.
Dataran Merdeka, JB |
Banyak-banyak kisah mistik, yul rasa ini lah yang paling menyeramkan kot dan banyak kisah yang berlaku di kawasan ini. Tidak lupa juga kawasan berhampirannya iaitu Dataran Bandaraya Johor Bahru yang pernah di gemparkan dengan kisah Hantu Lilin pada tahun 1990-an. Pada tahun 1980-an lagi lah best, pelancong Kuala Lumpur yang datang ke Johor Bahru tertarik dengan kemeriahan persembahan kuda kepang di pentas dataran tersebut. Hampir 2 jam dia melihat persembahan itu. Oleh kerana terlalu terpegun dengan kehebatan negeri Johor yg 'menghalalkan' pementasan sehingga jam 2 pagi, pelancong tersebut menceritakan hal ini kepada rakannya yang kebetulan bekerja dengan Majlis Bandaraya. Rakannya menafikan dakwaannya itu dan mngatakan bahawa dia berkhayal! Habis, apa yangg sebenarnya berlaku selama 2 jam pada mlm tersebut? Wallahualam..
Berbalik kepada kisah di Mahmoodiah, ramai pemandu di ganggu ketika melalui kawasan perkuburan yg menempatkan kerabat-kerabat di Raja itu.
Kisah pertama ini berlaku ke atas pemandu kereta yg bernama Kadir. Kadir dalam perjalanan ingin bertemu rakan di sebuah restoran di Danga Bay.Jam menunjukkan pukul 7.30 malam. Sampai di pertengahan jalan lingkaran (sekarang di dirikan Petronas), dia ternampak seorang wanita berjalan seorang diri. Dia pun memberhentikan kenderaan dan bertanya arah tujuan wanita berkenaan. Wanita itu ingin ke perhentian bas di Hospital Sultanah Aminah.
Hospital Sultanah Aminah, bus stopnya depan hospital nie je. Tempat wanita itu ingin menuju |
Apa saja ayat al-quran yang terlintas di fikiran Kadir, terus di bacanya kuat-kuat. Yang terdengar hanyalah hilaian tawa wanita berkenaan lantas terbang dan berlalu pergi menerusi tingkap kereta Kadir yg terbuka luas. Kadir membatalkan hasratnya untuk berjumpa kawan-kawannya lalu terus balik ke rumah. Di rumah, dia menceritakan segalanya kepada pakciknya yang kebetulan bertandang ke rumahnya. Pak ciknya berusia 66 tahun hanya tersenyum kerana kejadian sebegini sering berlaku di kawasan itu.
Kisah kedua yang terdapat di Mahmodiah ialah berlaku kepada seorang pemandu teksi. Lokasinya ialah di Terowong berhampiran ZZ / JKR. menghala ke Anjung Warisan dari Petronas Lingkaran. Selepas melalui terowong tersebut, ada seorang wanita menahan teksinya dan terus mengejar teksi berkenaan.
Yayasan Warisan Johor |
Kisah ketiga ialah bangunan Yayasan Warisan Johor. Mase perang Jepun dulu. Jepun gunakan bangunan tu sebagai markas / kem mereka. Jadi, macam-macam hukuman jepun seperti pancung kepala dan macam-macam lagi yang mereka lakukan disitu. Dan disitu jugak banyak askar jepun mati. Orang-orang otai cakap, kat situ ada jepun berbaris di atas bumbung! mcm mana tu dieorang berbaris yul tak tahu la. wallahualam.
Kisah keempat kubur mahmoodiah berdekatan terowong jalan petri mengadap jalan lingkaran dalam. Ade orang cerita yang kawasan tu berhantu pada waktu petang selepas asar sebelum maghrib. Ade orang pergi ziarah kubur time tu. Ade gangguan seperti ade bende terbang atas kepala. Banyak kali. Penggali kubur kat situ pun sarankan jangan datang waktu-waktu petang macam tu. lagi-lagi kawasan tu.
Kubur di mahmoodiah |
Kepada korang yang terlepas entri kisah seram yul sebelum nie, boleh lah pilih untuk membaca dientri sebelum ini. Jangan lupa untuk baca entri hantu yang seterusnya pulak. hee. Kalau tak nak lepaskan peluang cerita yang seterusnya boleh la subscribe :)
26 comments:
kadir pulak..hehe
malam2 ni Yul
@IMANSHAH, haha, masa publish aku da tidur dam kehkehkeh
arrrgh.gua dalah penakut
huhu..seramnya
ngeee.. suka suka suka!~~~!!!!!!
i like hantu story.. ha.ha.ha.. semoge dapat cerita yang lagi seram oke! :)
@ Imran nyambek , haha, cite best nie bro, hee
@My Soul My Heart, maceh sudi baca ye, hee
@anati soki, hehe, suke aja anat ye yul cite antu
@ainn arif, tunggu je lah ye nanti. t yul terbitkan lagi kisah seram
pergh..
selalu gak lalu kat ctu..
mlm2...
especially kat HSA tu..
salam perkenalan..dtg follow citer seram kat sini
nie yg wat aku takut nak jalan2 kat JB nie....
betullah.. area mahmodiah nie memang feymes, start dari area danga bay kan.. dekat2 dengan villa nabila tu..
actually kan, baru je tau pasal villa nabila tu setelah menjadi anak johor selama 23 tahun. gilerla. amat selow gitu pengetahuan am saya. hahaha.
pastu bila dapat tau terus tertarik. ajak member pergi sana sume tak berani. selalu tgk gambar2 kat tenet je.. siyes rasa mcm mistik giler.. hari tu saya ada terjah entry yul pasal villa nabila nie jugak. hehehe
@shafiqabdshukor , jge bro, kang tak memasal ko jumpa perempuan tu, haha
@shah-kayrul, muahaha, jalan la tengok . g mahmoodiah baru besh!
@nadzirah aqilah, wah2! berani jugah eh nadzirah, tak takut kew? huhu
urm.. berani?? xla berani sangat.. cuma perasaan ingin tahu tu lebih ckit.. lau kira berani memang tidakla sebenarnya.. hehehe
@nadzirah aqilah, hehe, samalah kita, nak tahu jugak! hee
okey kisah kadir memang seram =______=
Fika Rozaidi, haha, memang seram kan? tau tkpe
yahahaha... lepas baca terus tutup tingkap yang memang sengaja di buka sebab panas malam tadi..
cehhh... seram seram...
@Latifah. haha amacam ada berani ka?
Sbnrnya tmpt tu mmg keras.Mula2 sya hnya tahu dri kwn2,dn x brpa amik kisah pun psl hal ni.Tpi 1 hari tu akak saya pulng brjln,mase pukul 11mlm lalu jln besar tu,lalu tepi je,dia trcbul mulut ckp kt suami dia org kata jln tu berhantu.smpai je rumah,yg akak igt dia ngantuk sgt dn trus tidur.abg ipar saya pun.tpi,rupanya mlm tu akak kena rasuk,mata dia merah,rmbut dia menggerbang dn dia garu2 kepala.bersila kt lantai tgh rumah dn mcm org berzikir.yg mula2 nmpk keadaan dia tu org gaji dia.ketakutn la bibik tu.tpi yg herannya abg ipar sya tido lena masa tu.bibik tu kunci pintu bilik smpai pagi esok.tpi bnda tu prnah ketuk pintu bibik kuat2 dn suh buka.tpi bibik x buka.esoknya org gaji tu tgok smcm je kt akk sya.akk sya pelik je,tpi x trfikir nk tanya ape2.Bberapa kali juga akk kna,tpi bibik rahsiakn dri dia.Bbrapa minggu kmudian,akk tanye kt bibik knpa bibik tu mcm tkut je tgok akk,akhirnya bibik berani mnceritakn kejadian tu.Lama jgk bnda tu mnggnggu akk dn bibik.Tpi sbuln lps tu,dh hilang.
hish seramnye...
buat lagi citer seram suke sangat!!!
Saya kerja Telekom, dan Yayasan Warisan Johor dulu customer saya. Jadi biasalah pergi sana. Bangunan memang design lama, Saya dulu sangat tertarik dgn keindahan nya. Tapi tak tahu pulak pasal kisah seram dan tentera jepun ini. Saya rasa kalau malam , memang lah menyeramkan. Bangunan lama dgn lantai kayu , Tingkat besar2. macam lokasi filem seram.
zul jb
x de lgi ke citer seram best arrr
Post a Comment